Herpes Zoster (Kayap)
Apakah itu kayap?
Kayap yang lebih dikenali dalam bahasa perubatan sebagai herpes zoster adalah disebabkan reaktivasi virus bernama Varicella Zoster yang dorman atau ‘tidur’. Virus ini adalah virus yang sama yang menyebabkan penyakit cacar air atau ‘chicken pox’. Apabila seseorang itu pernah dijangkiti cacar air, virus ini akan ‘tidur’ atau menjadi dorman di ganglia akar dorsal saraf. Ini bermakna jika anda pernah mengalami penyakit cacar air, besar kemungkinan anda mungkin boleh mendapat kayap jika sistem pertahanan tubuh anda lemah!
Penyakit kayap ini lebih sering terjadi kepada orang yang mempunyai sistem pertahanan yang lemah dan juga golongan tua. Permulaan penyakit ini, seseorang akan berasa sakit pada anggota badan tertentu yang diikuti oleh ruam jenis gelembung air mengikut dermatom atau topografi saraf di kulit. Selalunya hanya satu dermatom yang terlibat. Pada kebiasaannya ruam kayap ini akan pulih sendiri (self-limiting).
Siapakah yang berisiko untuk mendapat kayap?
Hanya orang yang pernah dijangkiti penyakit cacar air atau ‘chicken pox’ sahaja berisiko untuk mendapat penyakit kayap. Risiko mendapat kayap dan juga komplikasi berkaitannya akan meningkat dengan pertambahan umur. Ini adalah kerana akibat penurunan imuniti sel perantara terhadap virus varicella zoster. Menurut kajian (rujukan?), wanita lebih ramai mendapat kayap berbanding lelaki. Seperti yang dinyatakan di atas, orang yang mempunyai sistem imun yang lemah lebih berisiko.
Apakah gejala atau tanda penyakit kayap?
- Tanda awal
Pesakit akan berasa sakit seperti mencucuk dan panas membakar. Kesakitan ini pada kebiasaannya akan muncul beberapa hari sebelum ruam timbul. Sebilangan kecil pesakit akan berasa letih, demam dan sakit kepala.
- Kemunculan ruam
Selepas beberapa hari berasa sakit di bahagian tertentu, ruam akan muncul. Ruam kayap selalunya melibatkan satu dermatom kulit sahaja dalam bentuk gelung separuh tetapi mungkin boleh membentuk lingkaran penuh. Adalah amat jarang ia melibatkan beberapa dermatom kulit tetapi ia boleh berlaku jika seseorang mempunyai sistem pertahanan yang lemah.
Ruam ini selalu muncul di bahagian badan tetapi boleh juga muncul di dahi dan kaki. Di peringkat permulaan, ruam berwarna merah akan muncul dan selepas satu atau dua hari, ia akan berbentuk gelembung air di kawasan yang berasa sakit itu. Seterusnya gelembung ini akan pecah dan kering.
Ketika peringkat ruam gelembung air ini, virus adalah sangat mudah merebak dan berkemungkinan menjangkiti orang lain mengakibatkan cacar air sekiranya belum menghidapinya atau kayap.
- Penyembuhan ruam
Pada peringkat akhir ini iaitu dalam masa 10 hari, ruam akan menjadi kering dan berkeruping. Pada peringkat ini ia tidak berjangkit. Penyembuhan sepenuhnya mengambil masa dua hingga empat minggu dan mungkin lebih lama bagi pesakit yang lebih berumur.
ANDA ADA MASALAH SEPERTI INI ? JANGAN RISAU... DI KLINIK KAMI ADA SOLUSINYA DENGAN RAWATAN KLINIKAL TEKNIK TERBARU DARI DR R BEBAS UBAT TIADA KESAKITAN !!
JOM TONTON VIDEO DI BAWAH UNTUK INFO LANJUT..
kami ada rawatan klinikal terbaru iaitu rawatan tanpa rasa sakit dan bebas ubat!! Tak percaya ? jom lihat testimoni di bawah ini ..
" BARU BARU INI SAYA TELAH DATANG KE KLINIK DR RUSHMINI SETELAH ISTERI SAYA PUJUK UNTUK DATANG BUAT RAWATAN UNTUK SAKIT KAYAP SAYA NI, SAKIT KAYAP INI SANGATLAH SAKIT SEHINGGA SAYA RASA PANAS YANG MACAM NAK BAKAR KULIT SAYA, TAPI SELEPAS SAYA MENJALANI RAWATAN KLINIKAL TERBARU BY DR R INI SAYA TIDAK MERASAK KESAKITAN LAGI DAN KAYAP SAYA SUDAHPUN BAIK..”
JANGAN LEPASKAN PELUANG, DAPATKAN HARGA PROMOSI SEKARANG!! TEKAN LINK WHATSAPP DIBAWAH
SEGERA!
LOKASI KLINIK
POLIKLINIK PENAWAR SEMENYIH
No. 26, Jalan Semenyih Sentral 4,
Semenyih Sentral, 43500 Semenyih,
Selangor, Malaysia.
HOTLINE PN.SHIRA : 013-3881484
Legal Disclaimer: Products or services offered on this website is not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. Testimonials found on this website are results that have been forwarded to us by users of drruhminimaris.my, and may not reflect the typical user’s experience, may not apply to the average person and are not intended to represent or guarantee that anyone will achieve the same or similar results.







.png)
Comments
Post a Comment